Sedang mencari contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah atau Tenancy Agreement Contract? Anda boleh muaturun template kosong surat sewa rumah ringkas dan simple dalam format Word dibawah.
Surat Perjanjian Sewa Rumah atau ‘Tenancy Agreement’ merupakan kontrak perjanjian yang dipersetujui antara tuan rumah dan penyewa yang bertujuan untuk melindungi hak tuan rumah dan penyewa dimana kontrak ini mengandungi tanggungjawab dan kewajiban kedua belah pihak selama tempoh sewa berjalan.
Kebiasannya dalam kontrak ini mengandungi informasi tentang rumah yang disewa seperti bayaran sewa, perabot, peralatan, dan fasilititi/inventori yang disediakan pemilik rumah.
Contoh perjanjian sewa rumah yang terbaik mestilah lengkap dengan maklumat:
Jom beli rumah nilai RM180k pada harga RM80k. Dapatkan di Rahsia Rumah Lelong!
Melur ingin kongsikan 2 contoh surat perjanjian sewa rumah dalam Ms Word secara percuma untuk anda.
Contoh surat tenancy agreement ini bebas untuk edit mengikut keperluan antara anda sebagai pemilik dan penyewa.
Anda disarankan muatturun dan buka file di dalam komputer/laptop anda dan masukkan password melur.net (semua huruf kecil).
Nota: Melur tidak sediakan file ini dalam format PDF kerana dalam PDF tidak boleh edit. Semua file adalah dalam Ms Word untuk memudahkan proses edit.
Template perjanjian sewa rumah ini mengandungi format yang lengkap dan syarat-syarat untuk penyewa.
Tajuk: perjanjiansewarumahmelur.doc
File: Word
Password: melur.net
Template Surat Sewa Rumah Ringkas ini sesuai digunakan untuk semua tuan rumah.
Untuk pemilik kedai atau premis perniagaan, anda boleh menggunakan template ini sebagai surat surat sewa kedai.
Tajuk: suratsewarumahsimple.docx
File: Word
Password: melur.net
Selepas perjanjian dah dibuat dan dah siap sign, anda sebagai tuan rumah hendaklah mematikan setem dari LHDN untuk mengesahkan dokumen surat perjanjian dan barulah agreement antara tuan rumah dan tenancy tadi laku untuk dibawa ke mahkamah jika berlaku kejadian tidak diingini.
Format agreement perjanjian sewa rumah adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, tapi secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah.
Jika anda menggunakan surat Sewa Rumah Melur.net, Melur gunakan kandungan format berikut:
Mengandungi detail ringkas antara nama tuan rumah dan penyewa seperti nama tuan rumah, nama penyewa, alamat rumah sewa dan tarikh perjanjian dibuat.
Merekodkan maklumat penting penyewa seperti alamat tempat kerja dan nombor telefon.
Mengandungi maklumat pembayaran (deposit rumah), sewa rumah bulanan, tarikh pembayaran dan tarikh sewa bermula.
Anda boleh senaraikan barangan di dalam rumah tersebut terutama yang membuat sewa semi-furnished dan fully-furnished.
Nyatakan dengan jelas syarat-syarat lain kepada penyewa seperti peraturan penggunaan rumah.
Akhir sekali, perlu ada tandatangan bahawa penyewa bersetuju dengan tenancy agreement tadi dengan tuan rumah.
Kalau taknak pening-pening kepala, boleh beli je surat perjanjian sewa rumah lengkap ini Sewanify.com atau team peguam ASCOLAW ini..
Untuk yang ada rumah landed, korang boleh buat permohonan lampu jalan TNB ini. Hanya bayar RM10 sebulan dan jalan rumah anda akan terang-benderang.
Surat Agreement Sewa Rumah antara pemilik dan penyewa adalah diberikan secara percuma dan dapat membantu memudahkan urusan anda. Jangan lupa klik ‘Share’ kepada kawan-kawan yang lain.
Sekiranya terdapat persoalan tentang template tenancy agreement ni, anda boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah.
Anda hanya klik pada butang ‘Muat Turun’ untuk download ke dalam komputer anda dan boleh terus edit dalam Ms Word.
Setiap agreement sewa rumah yang terbaik hendaklah mengandungi nama tuan rumah dan penyewa, alamat rumah, tarikh perjanjian, harga sewa, tanggungjawab penyewa & tuan rumah serta tandatangan persetujuan bersama dengan semua syarat sewa.
Cik Melur
Cik Melur adalah seorang suri rumahtangga. Mempunyai sorang anak comel berusia 11 bulan.Suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.